Sunday 17 February 2013

Perkhidmatan servis Air-cond dan Elektrik


HAF BINA ENGINEERING                                               
                    (002199342-T)
NO 7, TMN HJ RAZALI, JLN ABIM,SG. RAMAL DALAM 43000, KAJANG SELANGOR.

MENYEDIAKAN KHIDMAT SERVIS AIR-COND DAN PEMASANGAN SERTA MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRIK SEPERTI LAMPU, KIPAS, WIRING RUMAH DAN LAIN-LAIN

Ø  SERVIS  INDOOR DAN SERVIS CHEMICAL OUTDOOR
Ø  TOPUP GAS R22
Ø  MEMBAIKI AIR-COND
Ø  HANYA  dari RM 130 UNTUK SERVIS DAN TOPUP GAS
Ø  HARGA BAGI PEMASANGAN BARU BERPATUTAN MENGIKUT  HP UNIT AIR-COND


*Please call for the best price

IRWAN : O13-2775941
SAIFUL:019-3467944

Tuesday 17 July 2012

Syair Imam Syafie

Renungankan bersama...



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــيKupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Naqsabandiah Al-Kholidiah



Tariqa Naqsabandiah Al-Kholidiah
Markas : Kg. Melayu Sri Kundang, Kundang, Selangor Darul Ehsan
INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH YANG TURUN DARI BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT), SUMATERA UTARA INDONESIA.
  1. Saidina Jibril
  2. Saidul Mursalin Saidina Muhammad s.a.w.
  3. Saidina Abu Bakar as-Siddiq
  4. Sheikh Salman Farisi
  5. Sheikh Qasim b Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq
  6. Sheikh Jaafar Siddiq
  7. Sheikh Abu Yazid Thoifur Bistami
  8. Sheikh Abu Hassan Khorqoni
  9. Sheikh Abi Ali Farmidi
  10. Sheikh Abu Yaqub Yusuf Hamadani
  11. Sheikh Abdul Khalik Ghujdawani
  12. Sheikh Arif Riyukuri
  13. Sheikh Mahmud al Anjari Faghnawi.
  14. Sheikh Azizan Ali Ramaitani
  15. Sheikh Muhammad Babus Samasi
  16. Sheikh Sayyid Amir Kullaal
  17. Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandi
  18. Sheikh Muhammad Alauddin Attori
  19. Sheikh Yaakub al Charkhi
  20. Sheikh Nashiruddin Ubaidullah al Ahrar
  21. Sheikh Muhammad az Zahid
  22. Sheikh Darwis Muhammad
  23. Sheikh Muhammad Khawajaki al-Amkanaki
  24. Sheikh Muhammad Baqi Billah
  25. Sheikh Mujaddid Alaf-thani Ahmad al Faruqi as-Sirhindi
  26. Sheikh Muhammad Maksum
  27. Sheikh Syaifuddin
  28. Sheikh Nur Muhammad al Badawani
  29. Sheikh Mirza Mazhar Shamsudin Habibullah Jaanijanaani
  30. Sheikh Shah Ghulam Ali Abdullah Dahlawi
  31. Sheikh Dhiyaa’uddien Khalid Kurdi
  32. Sheikh Abdullah Effendi
  33. Sheikh Sulaiman Kurumi
  34. Sheikh Sulaiman Zuhdi Jabal Qubais
  35. Sheikh Abdul Wahab Babussalam Langkat … Sumatra…. 1811-1926
  36. Syeikh Umar b Muhammad. Lepar, Pahang 1936
  37. Syeikh Imam Haji Ishak b Haji Muhammad Ariff al Rawa Surau Jeram Bangkin, Dong, Raub.
  38. Sheikh Dr Jahid Sidek Sri Kundang.
Murshid:
Shaikh Dr Jahid Sidek
Markas dan Pusat Suluk:
A91, Kg Melayu Sri Kundang,
Tasik Biru Kuang,
48050 Rawang,
Selangor Darul Ehsan
03-6034 1204 (Rumah)
03- 6034 4772(Pusat Rawatan)
Cawangan:
  • Kg. Sungai Kayu Ara, Damansara.
  • Sg. Cincin, Gombak.
  • Kampong Dalam,Kuala Terengganu.
  • Johor Bharu

Monday 7 May 2012

mutiara al-hikam

Gangguan dalam berzikir ( Tuan Guru Jahid Sidek al-kholidiah)


Perlukah beramal di sertai dengan mengharap ( Tuan Guru Jahid Sidek al-kholidiah)




Hati yang keras



cinta Sebelum Kahwin Dan Cinta Selepas Kahwin



Sepasang kekasih sedang asyik bercengkerama di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: Bang, andai kata saya menjadi bintang...
Pakwe: Abang kan jadi Ultramannya
Makwe: Kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: Oh gitu.... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata.

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba-tiba si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu.... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa-apa ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...
2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah.... apa lah awak nie
Isteri: ?????????, kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul-betul
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu.... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu.... yang mengado-nado nak jadi bintang tu buek apo???
Isteri: Abe nie tok supo dulu.... tok rometik lasung, metemete la saya nie doh tok comey lagi
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut....tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie.... buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

* MORAL CERITA: Sebelum kahwin semuanya di mata indah-indah belaka, selepas kahwin semuanya tak seperti sebelumnya... so, perkahwinan bukanlah semata-mata atas dasar cinta dan kasih sahaja, perlulah berlandaskan apa yg telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & agama islam......wallahuallam.

Sunday 22 April 2012

Pening mencari IPTS dan bidang yg sesuai???
Jom ikut langkah-langkah ini :
1.Daftar di www.my-kolej.com
2.Jawab Ujian Personaliti
3.Dapatkan senarai Kolej dan bidang yang bersesuaian
4.Akhir sekali...Tunggu panggilan dari pihak kolej
Mudah bukan?? Segalanya PERCUMA!
Jadi,jangan berlengah lagi..Masa tidak menunggu kita
Cepat,Jimat,Tepat!!www.my-kolej.com

Promosi

Untuk calon-calon lepasan SPM 2011, pengambilan pelajar baru ke Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang, masih lagi dibuka bagi sesi pengajian semester April 2012 . Anda amat dialu-alukan.Syarat yang mudah dan yuran yang termurah bagi program Diploma Usuluddin, Syariah, Kaunseling, Psikologi dan Sijil Pra Sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kolej di: http://hikmah.edu.my/

Wednesday 18 April 2012

Satu Cinta

Ya, hati kita hanya mampu menanggung satu cinta! Moga-moga masa yang masih berbaki ini, kita semakin gigih menyubur dan memekarkan cinta yang satu itu.

Friday 13 April 2012

Disiplin

'Mahar' yang mahal dalam nak menuntut ilmu antaranya kena tebal muka (berani, tidak malu tak bertempat) untuk betol-betol cari, ambil dan faham ilmu walau terpaksa jelajah sana sini, korban itu ini. Adab dalam menuntut ilmu ialah ilmu itu didatangi (pelajar pergi cari ilmu), dan bukannya ilmu itu mendatangi (guru pergi kat pelajar). Selain itu, nak memahami agama pun makan masa. Masa yang panjang diperlukan. Jadi, tak wajar jika seseorang nak segera berinteraksi dengan ilmu di luar kawalan kemampuan yang dia belum sampai. Orang yang alim adalah orang yang tahu bahawa dia tidak tahu banyak lagi ilmu (seperti masih lagi perlu belajar). Orang yang jahil ialah orang yang tidak tahu bahawa dia tidak tahu banyak lagi ilmu (seperti sudah berasa cukup berilmu).